Showing posts with label Lauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk. Show all posts

Thursday, March 13, 2014

DAGING SALAI LEMAK CILI API




testing!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Resepi tun ... tq dear..

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi
resepi: tun telani

Bahan2

  • 500g daging lembu- potong nipis
  • 200 ml santan - guna santan kotak
  • 2 btg serai - ketuk
  • 6-10 bj cili padi - tumbuk- ikut toleransi kepedasan masing2
  • 1/2 bj bawang besar - tumbuk
  • sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk - tun letak dua2
  • 2 keping asam keping
  • air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara2
  • Gaul daging dgn kunyit dan garam dan bakar smp masak/salai atas kuali ..
  • Campurkan santan, serai, cili padi, bawang, asam keping dan air dan masak hingga mendidih.
  • Masukkan daging, perlahankan kan api dan masak hingga agak2 rasa dh sebati dgn kuah. kacau sentiasa.
  • Perasakan garam, siap!

Thursday, July 18, 2013

UDANG LEMAK BERTOMATO & CENCARU GORENG SAMBAL BELACAN.

Assalamualaikum, Salam Ramadhan ... dah masuk hari ke 8 kita berpuasa.. masih bertahan dengan menu di dapur sendiri.. hati masih belum ada keinginan utk ke bazar ramadhan.. tak tau la pulak esok lusa.. harap berpanjangan hingga kepenghujungnya..

Masak ringkas2 sahaja.. yg penting memenuhi selera org berpuasa..

UDANG LEMAK BERTOMATO
Bahan:
400 gm udang (bersihkan)
1 biji bawang besar , potong2
3 ulas bwg putih, dimayang
6 biji lada hijau, dimayang 
2 biji tomato ( potong ikut suka)
1 sb sos tiram
1/2 cwn santan
garam secukupnya
sedikit minyak utk menumis

Cara2
1. Panaskan minyak dan tumiskan bwg putih dan bwg besar, kemudian masukkan lada hijau.gaul rata
2. Masukkan udang, gaul rata, biarkan separuh masak, masukkan sos tiram.
3. Masukkan santan , hampir mendidih masukkan tomato dan perasakan garam.

CENCARU GORENG SAMBAL BELACAN
bahan2nya
Ikan cencaru di goreng
Sambal belacan + perahan air limau kasturi + hirisan kulit limau kasturi..


Saturday, June 8, 2013

SOTONG BAKAR BERSAMBAL

 Assalamaualaikum dan Selamat Sejahtera.
Menu ringkas sahaja hari ini.. mencuba memanggang  sotong dengan pemanggang ajaib.. baru punya.. dah lama berangan nak membelinya, tpi bila memikirkan byk gadget2 yg berabuk di rumah, terus pendamkan sahaja.. tapi bila memandang org berebut2 membelinya semasa melawat Langkawi baru2 ni.. saya pun ikut sama tergoda n TERbeli... murah sahaja  saiz besar berharga RM79.90, jenama HIG.. klau tak guna rasanya tak lah menyesal sangat.. hihihi.. gitu pulak niatnya.. 


Resepi saya olah sendiri, ikut stok yang ada didapur.
SOTONG BAKAR BERSAMBAL

Bahan-bahannya
Sotong (saiz besar).. pemberian jiran hasil mencandat di pantai Mersing.
10 tangkai lada kering - dikisar
4 ulas bawang kecil
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih 
4 biji buah keras
1 btg serai
2 sudu besar sos tiram
air asam jawa -secukupnya
garam dan gula
Sedikit minyak masak

Cara2:
1. Sotong dibersihkan dan dikelar (tidak putus)
2. Kisar semua bahan (lada, bawang. buah keras dan serai)
3. Masukkan sos tiram dan air asam jawa.
4. Perasakan garam dan gula dan akhir sekali masukkan minyak masak
5. Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
6. Masaklah lebih kurang  5 -6  minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik2kan sotong) sehingga masak. jgn terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.

Thursday, August 2, 2012

SAMBAL SOTONG


Salam Ramdhan ke 13... menu berbuka yang dah terlepas... sotong potong bunga2 inspirasi dari dapur knor Secubit Garam... saya copypaste resepi sambal sotong dayang dari Dapurku sayang untuk sesiapa yang baru nak belajar membuat sambal sotong.. tq knor n dayang yang memberi inspirasi..

SAMBAL SOTONG
(Sumber : DapurKu sayang)
Bahan-bahan :


  • 10 ekor sotong sederhana (dibersihkan).../saya guna sotong besar..
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 cm halia (dikisar)
  • 3-4 sudu besar cili kisar/cili giling
  • 1 inci belacan bakar (dikisar)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • sedikit air asam jawa
  • gula melaka
  • garam secukup rasa
Cara-cara : 
  1. Gaul-gaulkan sotong dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian digoreng hingga masak/garing. Ketepikan.. saya ikut cara knor..
  2. Tinggalkan sedikit minyak menggoreng sotong tadi. Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar hingga garing. Masukkan garam, gula dan bawang besar. Kacau lagi. 
  3. Akhir sekali masukkan sotong dan air asam jawa. Gaul-gaulkan sebati hingga kuahnya pekat. 
  4. Setelah masak, hidangkan bersama nasi putih atau nasi lemak. 
 CARA2 MEMOTONG SOTONG BERBUNGA
(Sumber: Secubit garam)
Cara:
Bersihkan sotong dan hiris selebar 1 in. Gunting/potong dgn pisau disatu bahagian (jgn sampai putus) hingga keliling sotong tadi. Buat hingga habis dan toskan.
Masukkan sotong kedalam kuali kecil dan panaskan dgn api sederhana.
Kacau2 dan biarkan sotong hingga setengah masak.
Tak perlu dimasukkan air kerana nanti sotong tu sendiri akan mengeluarkan airnya (airnya jgn dibuang)
Tutup api dan ketepikan. (jgn masak lama, cuma lebih kurang 2 minit jer)
untuk petua memasak sotong bolehlah jengah2 di blog knor secubit garam..

Friday, May 18, 2012

STEAM BOAT di rumah..





Air asam (Ika bangkok)

Asalamualaikum & Salam Sejahtera... 
SELAMAT HARI IBU/SELAMAT HARI GURU/HAPPY BIRTHDAY ADIK..
Mei yang sibuk.. sibuk dengan keje rutin n sibuk jugak makan kek yg berkrim2 tu.. 
minggu 1 mei.. konon sibuk buat soalan peperiksaan memanjang hingga ke minggu ke 2 .
13 Mei - hari ulangtahun Syamira yg ke 14 tahun.. smga anak ibu yg kuat merajuk tu  rajin belajar dan menjadi anak solehah.
13 Mei juga hari ibu... kongsi kek dengan adik... hihihi.. jgn marah
16 Mei - Hari Guru.. sehari suntuk mengadap beraneka jenis kek.. tak laratnya..
17 Mei - aimman ujian memandu.. fail di jalan raya.. bersabar yer abg.. jgn putus asa..
18 Mei .-  ada surprice kek lagi.. tq peysin,mui ling, ahgek n judith.. 
18 Mei - peperiksaan kertas ekon 944/2.. ada keje menunggu selepas ini.. 
20 Mei..... bertambah lagi angka umurku.. Insyaallah...
23 Mei peperiksaan  kertas ekon 944/1... yg atas tu tak habis tanda dtg pulak yg ni...
 25 Mei - ujian memandu ulangan utk aimman.. smga lulus yer.. amin
27 MEI.. hari pendaftaran aimman di PASUM .. huwaaaa... 

menu yg mudah jer ni.. steamboat berkuah tomyam.. dgn air asam ika yg pedas berapi-apiiiii....

Sunday, November 27, 2011

BLACK PEPPER STEAK

Salam Maal Hijrah.. semoga buku yang baru dibuka diwarnai dengan amalan2 yang lebih baik daripada tahun2 yg telah berlalu..

Menu makan2 hari Jumaat jugak ni.. Semalam(SABTU) hampir seharian saya menghadiri kurus di PPD Kluang, Johor. Majlis tamat lebihkurang jam 5 ptg.. demi untuk memenuhi tuntutan tugas dan amanah yg diberi .. kebanyakan rakan guru masih setia menunggu hingga ke majlis penutup.. walaupun diwajah masing2 kelihatan gelisah n rasa tak senang duduk.. almaklumlah masing-masing tidak mahu terlepas peluang untuk membaca doa akhir dan doa awal tahun sempena awal muharram kali ini.. semga kawan2 yang pulang ke Mersing, Muar dan Segamat dapat melakukannya..
Semalam jugak dapur Inspirasi jugak tidak berasap.. hari ni saja nk buat laporan menu sedap dari dapur AlongRoz .. Along kata kene letak Sos BP tu banyak2 .. supaya dapat BBS macam along punya.. TQ Along.. sedap.. sedapp.. sangat sedappppp...

BLACK PEPPER STEAK
By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
500g Beef - sliced thinly
Black Pepper sauce
Olive Oil

METHOD:
1. Marinate beef with black pepper sauce.
2. Heat up grill pan (pan with raised ridges) with some olive & place meat in the grill pan.
3. Cook one side until done without touching.
4. Flip & cook until done both sides.

Sunday, November 13, 2011

AYAM SOS SIAM

Assalamualaikum .. Menu ayam yang ringkas resepi dari dapur kak ummi kuantan.. semalam nampak di dapur Nuwairuni Life is Beautiful memang terus rasa tergoda dengan warna silauan merah ayamnya... resepi saya selongkar2 dari gobok resepi k ummi.. tq kak ummi..

AYAM SOS SIAM

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (anggaran):-
  • 1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian
  • 15 tangkai cili padi thai */ saya kurangkan
  • 4 ulas bawang putih * (bahan * ditumbuk halus)
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 1/3 cawan sos cili / saya tambah sikit sos tomato dan lebihkan sos cili
  • 1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus (kalau nak letak daun limau purut pun terpulang la)
  • sedikit gula (optional)
  • minyak masak secukupnya
  • sedikit garam dan serbuk kunyit

  • Cara Memasak:-
  • Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
  • Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
  • Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. (akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek)
  • Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih... SELAMAT MENCUBA...!



Sunday, October 2, 2011

AYAM GORENG OATS

Tgok kt dapur Mas Duniaku hari tu.. mmg terus berkenan.. coz bahan2nya ada dalam stok n yg penting tak ambil masa yg lama utk myediakan.. TQ mas berkongsi resepi.. akk CP resepi mas ye..

Ayam Goreng Oats
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 1 keping dada ayam @ peha ayam tanpa tulang - potong dadu
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • sedikit garam
  • 1/4 kiub ayam
  • 1/2 biji telur - dipukul sedikit
  • 3/4 cawan oats
  • 2 @ 3 sudu besar tepung kastard
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara membuatnya :
  1. Gaul ayam dengan serbuk lada sulah, kiub ayam dan serbuk kari hingga sebati. Boleh tambah sedikit garam jika perlu. Perap sebentar.
  2. Letakkan telur yang telah dipukul sedikit tadi pada ayam yang telah diperap dan gaul sebati.
  3. Taburkan oats pada ayam yang diperap tadi dan juga tepung kastard hingga oats dan tepung kastard melekat elok pada ayam tu.....
  4. Goreng dengan minyak panas hingga keemasan.
  5. Apabila dah masak, angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos kegemaran.


Monday, September 12, 2011

ASAM PEDAS

Makan2 semalam.. asam pedas ikan merah(kepala)
Peria goreng..

Thursday, August 18, 2011

DAGING BAKAR & AIR ASAM

Menu semalam.. mudah2 jugak.. n menjadi fav di rumah ni..

Daging batang pinang saya perap bersama halia, madu, garam, lada hitam n sos tiram.. saya panggang atas kuali hingga masak..

Air asam.. resepi Ika bangkok.. TQ ika..

AIR ASAM
Sumber : IKA@ARAH
Bahan2
  • 4 biji Cili >terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
  • 1 biji Lada Merah Besar
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Belacan yg di bakar
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos ikan
  • 60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
  • 1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
  • secubit garam

**Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang bersama nasi daging :-)

Bahan Hiris
  • Sedikit hirisan bwg merah
  • Sedikit tomato di hiris dadu
  • Daun ketumbar di hiris halus
  • 1 biji cili di hiris bulat





Tuesday, June 7, 2011

SAMBAL BELIMBING

Sambal belimbing... sambal yang membuatkan saya makan bertambah2 nasi... Terima kasih Kak Kiah @ Ustazah Rokiah kerana beri saya resepinya.. Semoga Kak Kiah terus aktif .. hihihi.. walaupun telah bersara.. naik sekolah nanti jangan lupa mangkok tingkat.com saya..
SAMBAL BELIMBING
Bahan2
Segenggam ikan bilis*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
10 biji lada cili (ikut pedas)*
sedikit belacan*
6- 7 biji belimbing*- belah 2
Air secukupnya
Garam dan gula
Minyak untuk menumis

Cara2
1. Tumbuk bahan-bahan* sehingga hancur .. guna lesung batu yer..
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan* hingga sedikit garing
3. Masukkan air lebihkurang 1/2 cawan.. lebih pun tak apa..gaul rata
4. Masukkan belimbing , perlahankan api.. masaklah sehingga belimbing lembut
5. Boleh tambah air untuk melembutkan belimbing.. bila dah lembut tekanlah dengan sudip/senduk.. gaul rata..
6. Perasakan garam dan gula.. masakkan sehingga sambal kering sedikit.


ulam-ulam...

KARI HIJAU UDANG

Teringin sangat nak merasa masakan kari hijau thai.. masa jalan2 kt Carrefour terjumpa pulak paste kari hijau.. so terus beli.. klau buat sendiri paste mesti lebih sedap.. paste2 readymade ni msti ada bahan pengawet .. sekali2 tak pe la kan.. bagi saya kari paste ni terlampau masin.. mungkin terlalu banyak paste yg saya gunakan.. so saya tak tambahpun garam.. saya cuma tambahkan sedikit gula sahaja.. kalau dapat udang galah masak begini tentulah bertambah sedap..

KARI HIJAU UDANG
Bahan2
Udang secukupnya bersihkan
1 biji bawang besar (hiris nipis)
2 biji lada besar
2 sb paste kari hijau
santan secukupnya
sedikit gula
minyak untuk menumis
garam - saya tak letak coz paste tu dah masin

Cara
1. Panaskan minyak n masukkan bwg besar hingga layu
2. masukkan paste n masakkan sehingga berbau harum
3. masukkan udang n gaul rata
4. Masukkan santan, biarkan hingga mendidih
5. masukkan lada besar, dan perasakan gula klau suka masukan daun ketumbar


Thursday, April 14, 2011

ASAM PEDAS AYAM

Ayam... selalu masak kicap atau goreng sahaja.. tiba2 teringin pulak nak makan ayam asam pedas.. en hb kata sedap.. tapi memang sedap pun sekali2 masak camni.. berlawan2 menambah nasi ...


ASAM PEDAS AYAM

Bahan2

5 potongan ayam../ bukan 5 ekor yer..

4 sudu besar lada kisar/ ikut suke.. ikut pedas

5 ulas bawang merah*

4 ulas bawang putih*

1/2 inci kunyit*

1/2 inci halia*

1/2 kuib ayam*

1 batang serai (dititik)

Air asam jawa

air secukupnya

Garam secukup rasa

Minyak untuk mengoreng ayam dan menumis

Cara-cara

1. Lumurkan ayam bersama sedikit garam dan goreng sebentar ( separuh masak)

2. Kisar bahan2 bertanda *

3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar, lada bersama serai sehingga garing

4.Masukkan ayam , gaul sebati , biarkan sebentar.

5. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati, tambahkan air sekadar menutupi ayam.

6.Masukkan pula garam, kuib ayam,

7. Masaklah sehingga kuah asam pedas agak pekat, kemudian masukan tomato jika suka.



Tuesday, April 12, 2011

Sup Tulang Berempah

Mood meng'updated' blog.. macam dah nak 'malas'... tayangan gambar dulu boleh!!!

Friday, March 4, 2011

Tomyam Udang & Telur dadar

Bila ibu dah malass... malas nak ke kedai.. malas nak masak bagai.. guna baki2 stok yg ada...potong2, campak2 n rebus..
bergandingan dengan telur dadar...sedap pulak tu .. tak sangka diluar jangkaan.. berlawan2 menambah nasi.. jom...

Monday, February 21, 2011

Cili Hijau Goreng Telur

Cuaca di luar panas.. dlm rumah pun panas.. kt sekolah pun panas juga.. result STPM diumumkan hari ni.. bertambah2 lagi panas.. jam 2.00-430 ptg tadi berjemur panas dengan pelajar2 kelab petanq mengadakan pertandingan petanq.. lagi panas.. berbelang2 muka jadinya.. balik rumah memang lah lapar sangat.. teringat sambal telur ala hasue di blog nya tempohari.. sungguh ringkas n meyelerakan .. layann.. abis nasi 2 pinggan... panas2 n pedas... TQ Hasue... atas rspi yg ringkas n sedap ini..

Cili hijau Goreng Telur
(Sumber: Hasue I Love My Live)
Bahan2:
  • 10 btg cili hijau
  • 1 btg cili merah
  • 5 biji cili api(optional-kalau cili hijau n merah dah pedas takyah laa letak)
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji telur ayam
  • Garam n perasa/gula secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara2:
  1. Cili hijau dipotong memanjang kemudian dihiris agak halus. Buang bijinya
  2. Tumbuk halus-cili merah,bawang merah dan bawang putih
  3. Telur dipecahkan dalam mangkuk n dipukul sedikit
  4. Panaskan minyak dalam kuali,tumiskan bahan yang sudah ditumbuk sehingga wangi kekuningan
  5. Masukkan garam n perasa/gula.
  6. Masukkan cili hijau yang sudah dipotong,kacau sebentar
  7. Masukkan telur,kacau kaup balik perlahan lebih kurang 5 saat dan padamkan api.

Wednesday, February 16, 2011

Nasi Goreng Cina & Tom Yam Ayam

Hari ni balik cepat.. balik cepat maksudnya tak sampai pukul 330 ptg kt sekolah.. kebetulan ada acara Sukantara di sekolah hari ni dan syamira tak bersekolah kerana demam.. balik rmh tgok banyak pulak nasi semalam.. nasi semalam mmg best buat nasi goreng.. lepas tu terasa nk menghirup kuih masam2.. si tomyam.. perggg.. memang sesuai gabungan nasi goreng cina yg pedas2 manja dengan tomyam ayam .. berpeluh2 makan di petang hari merangkap mkn malam sekali... resepi nasi goreng saya CP dari blog kak liza (Chef/Hanieliza's Cooking).. terima kasih kak..

NASI GORENG CINA
(Sumber: Hanieliza's Cooking)

BAHAN2
1 mangkuk besar nasi sejuk [peroikan].. saya guna nasi semalam lebih 2 mgkuk..
2 biji telur.. boleh lebihkan
isi ayam.. (ayam budget nk buat tomyam..)
udang.. .
sayur campur [boleh gantikan dgn potongan kacang buncis dan carrot]
daun bawang
salad
minyak
garam
2sb sos tiram ( saya tambah)
sos ikan (saya tambah)

Bahan Tumis [tumbuk]
2 ulas bawang putih
1 s/k lada hitam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehinga wangi.
2. Masukkan telur dan biarkan sebentar.
3. Bila nampak telur separuh masak kacau supaya hancur sedikit.
4. Masukkan kacang campur dan udang. Kacau rata.
5. Masukkan nasi dan garam. Kacau supaya rata.
6. Masukkan potongan daun bawang dan kacau.
7. Angkat dan hidangkan dalam pinggan bersama dengan salad.

Tomyam ayam... guna paste tomyam...

Tuesday, February 15, 2011

Sotong Bakar & Air Asam

Sotong grill atas kuali..
Salam Maulidur Rasul..merajinkan diri bakar2 ikan n sotong vs air asam killer pedass..... resepi dik Ika bangkok.. dah lama menghilang Ika ni.. smga Ika sekeluarga sihat n gembira selalu.. Kita kongsikan resepi ika di sini.. Terima kasih ika..

Air Asam

Untuk air asam blend sekali Cili, air asam jawa, sos ikan, gula, belacan, bwg putih, sos tomato dgn sos cili sikit.. Rasa agak2lah ya nak manis masam2 pedas.. last sekali hiriskan bwg merah besor tuu dgn daun ketumbar..siap!.... (CP ayat Ika)

Ikan bakar pun ada..

Tuesday, January 18, 2011

SAMBAL TELUR 'CEPLOK'

bila dah petang.. memang rasa malas nak masak.. tahap kerajinan hari ini setakat masak ini shj.. hahaha... penat sehhh...
masak sambal seperti biasa (sambal tumis)... selepas diperasakan garam dan gula.. dengan api sederhana pecahkan telur dalam sambal.. biarkan sehingga telur masak..
balik kan telur... dah masak boleh makan...
makan!!!.. SyukurAlhamdullilah...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin